Home Tutorial Freebies Jatt & Kucing Others Blogwalking

03 November, 2011

Sakit Hati + Sedeh = Saya Sayang Dia

6254209349_c5b1a1e4ee_z_large_large
Bonjour

Exam week was not yet finished. Swear it makes me go fuc*ing great crazy. Haruslah sebab exam tu asik tertangguh je.  Tapi bagus jugak sebab cuti 5 hari kalau tak silap, jadi banyak sikit masa untuk buat study.

267254_256789211016515_152875684741202_972154_2525262_n_large
Sesiapa yang kenal izzat, diorang memang tahu izzat ni jenis yang macam mana. I'm Sensitive+Emotional kind of type. Izzat senang terasa tapi izzat pendam je perasaan izzat. Izzat tak tunjuk perasaan tu dekat orang. Biar izzat rasa sorang-sorang. Tak perlu nak sabitkan orang lain dengan masalah kita. Dekat sekolah tadi ramai yang tanya "Izzat, asal kau dengan DIA?", "Izzat, asal DIA menangis? kau buat ke", "Eh Izzat, kau jahat tau tak. Asal kau buat macam tu dekat DIA". Actually DIA ni bukan kekasih atau pasangan atau GelFreng izzat. Tapi dia orang yang izzat memang sayang. Izzat bukan saja-saja atau suka-suka nak buat dia macam tu, cuma Izzat memang dah tak tahan sikap dia semenjak due-menjak ni. Biarlah orang nak maki Izzat ni ape pun. 
--------------------------------------------------------------------------------
Dear Kaq Rah.
Orang bukannye saja-saja nak tengking arah. Orang bukan saja-saja larikan diri dari arah. Orang bukan saja-saja nak buat arah menangis. Orang sayang arah kalau arah nak tahu. Sayang sangat kat arah. Arah nak tahu dop, Tiap kali arah ajak orang pergi port study kita, orang suka gila. Orang takut gila kalau arah duduk berdua-duaan dengan dia. Orang sayang arah. Orang sampai je dekat port tu arah pun jerit panggil nama orang. Orang buat muka biasa-biasa aje nak cover lah konon tapi dalam hati sumpah cakap kalau boleh nak jugak lompat lompat jerit nama arah. Pastu lama sikit arah pergi dekat dia. Arah kadang kadang duduk dengan dia dekat tempat tersorok. Orang takut, orang sayang arah. Nasib masa tu ada Farzana, Boleh orang kongsi perasaan orang dekat dia.

Haritu arah pergi jalan-jalan dengan dia. Macam biasa, arah pergi dok cakap sepatah pun. Orang tunggu punya lah lama. Masa tu Orang takut gila. Orang sayang arah. Orang cari semuat tempat tapi still dok jumpa arah. Orang jadi makin takut. Orang nampak arah dekat busstop. Nampak arah macam ok, orang lega gila. Orang pergi kat arah pastu orang marah-marah arah. Dalam hati masa tu Allah aje yang tahu bertapa leganya orang nampak arah dalam keadaan OK.

Pastu haritu arah ajak orang pergi port study tu. Tapi orang sampai lambat. Orang tengok arah dok panggil orang macam selama ni. Orang terasa gila masa tu. Haritu Farzana pulak yang ganti tempat arah. Nampak Farzana terlompat lompat macam kanak-kanak ribena tu terus hilang perasaan tu. Pastu haritu juga perkara yang orang takut-takutkan jadi. Orang nampak benda yang dia buat dekat arah. Masa tu orang memang geram+takut gila. Orang pergi kat Farzana dan Farzana memang dah tahu perasaan orang. Terus orang mintak balik lepas tu. Orang sayang arah. Malam tu orang teringat balik benda yang jadi. Sakit Hati+Geram gila masa tu. Perasaan ni orang pernah kabo ke Farzana, Tapi farzana gelak pastu dia cakap yang orang ni dengki. Sumpah orang cakap orang bukannya dengki atau ape. Orang cuma takut. Orang sayang gila ke arah.

Pagi tadi dekat sekolah arah panggil orang. Tapi orang buat tak tahu. Pastu orang nampak arah dekat depan kelas orang. Orang terus lari lepas nampak arah menuju ke orang. Orang cuba larikan diri daripada arah. Pastu orang masuk tandas lelaki sebab temptat tu je yang orang tahu arah tak boleh masuk. Lama sikit arah takdok doh. Dalam kelas pulak arah mari serbu. Masa tu orang nampak dok mata arah merah-merah plus dengan bengkak. Orang buat tak tahu. Orang ego arah. Arah menangis depan orang tanya bakpe orang buat gini. Orang diam aje tapi dalam hati Allah je tahu bertapa sedihnya tengok arah menangis. Masa tu orang pun nak menangis tapi orang cover. Orang ego sekali agi. Puas arah pujuk orang tapi orang masih lagi dengan perasaan ego orang. Orang sayang arah sangat-sangat.

Arah,
Orang bukan tak nak cakap ngan arah, tapi orang perlu masa. Orang dok halang kalau arah nak stay kapel dengan dia. Tapi orang harap sangat arah jaga batas arah. Kalau arah nak kabo yang orang ni suka jaga tepi kain orang biarlah. Tapi arah kena ingat yang orang memang sayang arah tahu. Takpe lah, orang dok marah dah arah. Sebab Orang Sayang Arah Sangat Ketat Padat tahu.
--------------------------------------------------------------------------------

433974823_6nsyzbgp_c_large
Kalau sesiapa yang rasa loya bila baca entry ni atau cakap yang izzat cuma tagih simpati aje. Cakap aje tapi ingat. Dosa tanggung sendiri sendiri ok?

1 comment:

Picoz Shupalula. said...

suke quotes tuh

'mistake are proof that you are trying'

hehe, trying is better than doing nothing kan?

weee :D

LinkWithin