Home Tutorial Freebies Jatt & Kucing Others Blogwalking

30 September, 2011

Mulan 2 jadi tak jadi?

Entry semalam izzat ada cakap yang izzat nak tengok cerita 'Mulan 2' betul tak??? Semalam memang izzat dapat tengok cerita tu, tapi tergendala sebab cousin ajak keluar makan. Bila la pula ulangan cerita tu??? Hari ni cerita 'Tarzan & Jane'. Hope doesn't miss it. Izzat memang suka tengok cerita dekat 'disney channel' unutk pengetahuan yer.


Izzat dah seminggu tak pergi sekolah\Aku bukan ponteng sekolah tau. Jangan main tuduh tuduh/. Exam dah dekat, 24 oktober. Disebabkan chickenpox ni izzat tak pergi sekolah dan sebab itu izzat dah seminggu tak belajar. Fine, izzat kalau duduk dekat rumah memang tak pernah nak buka buku. Jadi macam mana izzat nak 'face to face' dengan last exam nanti??? Doakan izzat je la ok???


Typo.
Kadang kadang masa izzat nak buat entry, ada aje typo yang izzat buat. Contohnya "untuk" jadi "unutk". so sebelum publish satu entry tu izzat akan pastikan izzat preview entry tu dan baca satu satu. Mana tau tersalah type. Kadang kadang kita nak laju sampai tak tau apa yang kita tulis. Pastu terus publish. Daripada nak tulis "saya tak suka lollipop" jadi "saya suka lollipop". Jadi reader akan dapat info yang salah. So nasihat izzat, sebelum nak publish entry tu korang preview lah dulu.


29 September, 2011

tutorial : Fieldset Box

Tumblr_ls9pkjo06h1r36j8go1_500_large
녕하세요. 오늘은 모두에게 유용한 자습서를 가르치고 싶어요. Eh mintak maaf mintak maaf. Terbawa bawa pula Korea dekat sini. Maklumlah. Malaysia sekarang kan dah memang deman k-pop. Tak percaya??? try tanya kawan korang. Kenal tak Super Junior. Sure diorang jawab pantas 'Kenal'. Nak pulak ELF's perempuan. Eh cop, Kita dah keluar topik la pulak. Seronok duk citer k-pop k-pop sampai tak ingat motif entry kali ini.


Kali ini izzat nak ajar korang some useful code. Senang saja. Ini contoh Fieldset Box.

Dah nampak??? Kalau nak buat follow tutorial ni :

1. Design >> Page Element >> Add a Gadget >> HTML/JavaScript.
2. Copy code dekat bawah ni paste dalam kotak HTML tadi.
<fieldset><legend>YOUR TITLE</legend>YOUR TEXT</fieldset>
Kamus Oxford
YOUR TITLE : Tajuk Fieldset
YOUR TEXT : Ayat dalam fieldset. Boleh juga kalau nak letak code seperti code Shoutmix.
Kalau nak letak gambar sebaai title macam gambar dekat atas tu copy code ni.
<fieldset><legend><img src="URL GAMBAR"/></legend>YOUR TEXT</fieldset>
Kamus Oxford
URL GAMBAR : Url gambar. Boleh cari dekat SINI dan SINI
YOUR TEXT : Ayat dalam fieldset. Boleh juga kalau nak letak code seperti code Shoutmix.
3. Lepas siap save

another header request

Tumblr_lqg1ovilox1qlnqgco1_500_large_large
Update blog sambil makan trifle kegemaran. Yumm yumm. Malam ni cerita 'Mulan 2' dekat disney channel movie. Harap tak lupa nak tengok. Otak saya ni pelupa sikit. Err, sikit? mungkin pelupa banyak (!). Kadang kadang phone pun boleh terlupa letak kat mana. Pastu mula lah adegan 'Sherlock holmes'. Cari sini, cari sana last last jumpa dalam poket. Rasa nak hantuk kepala dekat dinding. Sengal :/


Sambil tengok cerita kartun feveret 'Spongebob Squarepant', Izzat sempat habiskan header header yang direquest. Buat kerja sambil tengok cerita kartun memang menaikkan semangat buat kerja. Dan juga membuatkan kerja anda lambat siap.

Fasihah

Header fasihah izzat buat seperti direquest. Dia nak colour pelangi. Izzat sebenarnya tak tahu warna pelangi tu warna apa tapi yang izzat tahu warna pelangi ni gabungan colour. So izzat gabung je lah colour ikut sesuai. Font tu izzat guna font 'The Only Exception'.

Ajiem Iyma
Ajiem iyma dia punya header simple dan pink. Sama dengan template blog dia sekarang ni. Font yang izzat guna untuk header ni 'Denne Etude'.

Aiman

Aiman ni K-pop fanboy. Sama macam izzat. Dia request untk letak gambar kumpulan 'shinee' dan font yang sama dengan tulisan header blog izzat iaitu 'Talking to the Moon'. Disebabkan dia tak nyatakan size header dia, izzat buat header dia bersize 660x210.


Julia
Header julia izzat gunakan font 'Wobbly Bob' dan gambar tu izzat ambil hasil carian google. Izzat pilih warna pink sebab izzat tengok blog pink. So gabungan pink+grey mungkin sesuai dengan blognya.

Cara nak ambik header ni, Kamu klik gambar tu. Dan ia akan keluar tab baru. Klik kanan dekat gambar tu pastu pilih 'save image as'.

Kalau kamu guna header ni. Saya tak hapkan kamu buat entry pasal blog izzat tapi kalau  nak buat lagi bagus. Izzat cuma nak kamu hargai apa yang izzat buat dengan letak credit blog izzat di section credit kamu. Tak tahu macam mana nak buat section credit? Tengok tutorial yazng izzat dah sediakan.

http://storiesaboutmylifeasme.blogspot.com/2010/10/cara-nak-buat-spoiler.html


Masa izzat berblogwalking nak buat header tu. Izzat jumpa gif Donghae yang amat comel dekat blog aiman. Aku geram sungguh dengan donghae sorang ni.
His smile adore's me (!)


28 September, 2011

TUTORIAL:: underline hover

Untuk code kali ni izzat nak ajar macam mana nak buat underline hover. Biasanya kita dengar header hover, blockquote hover dan link hover kan. Ni contoh underline hover.

Ini underline baru saya. Ohsem bukan?

Try hover mouse korang dekat underline izzat. effect yang izzat buat is transparent. Korang boleh buat pelbagai lagi effect sebenarnya. Tapi hari ni izzat nak ajar effect transparent. 

Mula mula macam biasa pergi Design >> Edit HTML

Ctrl+F search code ni
/* Header

Kalau jumpa paste code dekat bawah ata code /* Header tadi
u{
-webkit-transition:.4s;
text-decoration:none;
border-bottom:1px solid #FF95A9;
padding: 0.1px;
}
u:hover{
color:transparent;}
}

warna merah tu size border. Kalau nak tebalkan sikit just upkan no tu.
warna oren tu warna border.

Nie contoh code izzat

u {
color:#000000;
border-radius:3px;
-webkit-transition-duration: 2s;
}
u:hover {
background: #000000;
color: transparent;
}

request dari komentar

Ingat tentang entry dulu? Berita baik buat komentar. Benda ini tak dapat sambutan mana dari banyak banyak blogger. Cuma 2-3 orang sahaja yang berminat nak join. Tapi tidak apa, Masih ada yang ingin join. Izzat akan cuba buat yang terbaik untuk yang menempah.Dekat sini izzat ada siapkan 3 header untuk blogger yang menempah di bahagian komen di entry Berita baik buat komentar.

HANIS NIZAM
Untuk blog hanis, izzat buat header simple sebab blog dia pun simple. Kalau blog simple header fancy nanti takut ada anons yang mengata pulak dekat blog hanis ni. Tak ke kesian. I use 'appleberry' dan 'udamojial' for the font dan gabungan warna biru dan pink. Harap hanis suka header ni :D

AMALIA AZHAR
Blogger amalia ni bertuah sikit. Sebenarnya kalau ramai yang join izzat dah memang chop untuk pilih dia. Sebab nama ayah dia sama dengan nama ayah izzat. Bhahaha.for this header i use 'The Only Exception' dan 'Wobbly Bob' untuk font, warna pink seperti yang direquest dan warna kuning untuk menampakkan "blink blink" tu. Kalau amalia guna header ni, dinasihatkan credit 'google' untuk gambar tuh. Takut nanti dicop "CopyCat"

IQA SHAFIQAH
Header iqa yang ini memang nampak pelik sedikit. Tapi still ellegant kan? 'Candy randy' for the font dan credit gambar to cherrybam so kepada adik iqa. Cuba buat credit section pastu letak credit gambar dan linkkan ke http://www.cherrybam.com. Takut kamu akan dicop "CopyCat".

CARA NAK AMBIK GAMBAR
korang klik gambar tu, then keluar tab baru. Klik kanan pilih 'save as'

Kepada blogger yang izzat buat tutorial ni. Hope korang boleh credit izzat di blog korang. Tak nak pun takpe. Kalau nak buat entry pun boleh juga. Lagi izzat suka.

Kepada blogger lain yang request tu. Header anda semua dipilih. Jangan risau. Cuma header anda izzat akan completekan malam ni atau pun esok. Sabar jer ok?

Nak tempah header? Boleh. Cuma perlu komen entry Berita baik buat komentar. Dan dari situ izzat akan cuba tolong anda. Sampai 30 september je ni tau so baik cepat.

TUTORIAL:: header hover like mine

Bonjour reader. Hari ini izzat ingin ajar macam mana nak buat Hover Header macam izzat. Cuba tolak cursor ke header izzat, ia akan ketepi betul? Credit goes to lettha for the code 

Cari code
#header h1 {
kalau tiada cari code 
h1.title {
Paste code dibawah di atas code #header h1 { atau h1.title { tadi
#header:hover{
padding-left: 30px;
-webkit-transition-duration: 5s;
}
Kalau tak sesuai adjust sikit code yang izzat highlight.

Preview dan kalau tiada error bolehlah Save Template.

27 September, 2011

Berita baik buat komentar

INI ENTRY MELEKAT
Izzat dah bosan duduk tak buat apa apa dekat rumah ni, so izzat ingat nak buat header untuk komentar komentar di blog izzat. SIAPA CEPAT DIA DAPAT bukan caranya. Izzat akan memilih beberapa blogger yang telah komen di entry ini. Jadi tak kira cepat atau lambat anda komen tapi bergantung pada nasib. Jumlah blogger yang izzat akan pilih kemungkinan 5, jadi kalau contestant tak sampai 5, izzat akan pilih semua yang menyertai. Tak ke bertuah begitu. Apa yang anda perlu buat cuma comment entry ini dan follow blog izzat.

Nama anda-
URL blog-
Facebook-

Text-
Font-
Color-

Width-
Height-
Isikan form diatas Paste dalam kotak comment. Jumlah blogger akan bertambah mengikut followers. Cop cop, Bende ni sampai akhir bulan ni je tau. Lepas tu takde dah so baik cepat.

TUTORIAL:: Welcome box di header

Rajin betul izzat share tutorial ini dekat korang. Hari ini izzat nak Kongsi tutorial "Welcome box di header".

THE CODE
1. Pergi Design >> Page Element >> Add a Gadget pilih HTML
2. Paste code ini di dalam kotak tadi
<div style=" position:absolute; top:0px; left:125px;"><img src="URL GAMBAR"/></div><div style=" position:absolute; top:35px; left:150px;"><center>YOUR WORD</center></div>
URL GAMBAR tu URL untuk background. Sila lihat freebies bawah.
YOUR WORD ayat korang.Ikut suka hati korang nak letak ayat apa contoh "unchanted world of mine" atau "BLOG TAHIK AYAM".Use your creativity

Boleh adjust kedudukan ayat atau background tu dengan adjust code yang izzat highlightkan merah.

FREEBIES

http://i1095.photobucket.com/albums/i464/daeyoung1/yellow-1.png

http://i1095.photobucket.com/albums/i464/daeyoung1/pink.png

http://i1095.photobucket.com/albums/i464/daeyoung1/green.png

http://i1095.photobucket.com/albums/i464/daeyoung1/biru.png

http://i1095.photobucket.com/albums/i464/daeyoung1/purple-1.png

26 September, 2011

Selesai melahap 2 pinggan mee goreng basah buatan ibu tersayang*Terima Kasih Ibu.
Izzat memang mengaku nafsu makan izzat memang menggiang time sakit ni. Emosi pun dah tak terkawal. Ashik nak marah marah orang je sejak kebelakangan ni. Mungkin ni kesan dari penyakit Chicken Pox. Terseksa yang teramat bila penyakit jenis macam ni terkena kat kita kan??? Sebab, kita akan dikehendaki berpantang. Izzat memang gila tak suka berpantang. Tadi izzat makan Mee Goreng Basah yang ibu buat dan  di dalamnya terkandung udang yang memang menjadi favourite izzat dalam mee goreng.Tapi izzat tak makan sebab ibu izzat cakap jangan makan takut timbul kegatalan\terliur tengok ibu izzat makan udang tadi/.
Sejak Kebelakangan ni emosi izzat memang tak terkawal. Senang senang je izzat boleh marah. Jadi ni izzat nak bagitahu sikit, jangan kacau izzat kalau nampak izzat duk main laptop kalau taknak ditengking sampai nangis nangis macam adik izzat.

LOREAL vs FAIR AND LOVELY
Korang nak tahu, disebabkan izzat balik rumah dengan tangan kosong tanpa alatan mandi, izzat dah beberapa hari tak mencuci muka. Nasib dekat rumah ni izzat ada spare 1 berus gigi yang lagi bersih dan suci.Maka gigi izzat masih lagi tergosok. Muka memang kesat teramat, nak cuci muka pun memang susah dengan adanya tompok tompok hitam tu bertempek dekat muka. Habis hilang kehenseman idola korang ni\statement berani yang beri penyepak tigaratusribujutakali/.
Jika korang perasan entry ni memang banyak gambar dunbo. Kenapa? Sebab saya minat dunbo kah? sebab dunbo comel kah? sebab dunbo kotak branded kah? Sebenarnya izzat suka dari segi photography dunbo, plus dengan bentuk matanya yang comel tu.Entry kali ni mungkin gedik sikit so HARAP MAKLUM.

25 September, 2011

Tutti Fruitti

TUTTI FRUITTI
Korang pernah makan Tutti Fruitti tak??? Izzat tak pernah lagi setakat ni. Haritu ada nampak blogger Hernyzar buat entry tentang Tutti Fruitti dalam blog beliau. Nampak sedap aje yogurt beku yang dia makan sampai menyebabkan air liur izzat menitik sebaldi\nak makan jugak (!)/. Jadi disebabkan nak sangat merasa TUTTI FRUITTI ni, izzat tanya beliau dekat mana terletak kedai FROZEN YOGURT yang dia makan di shoutbox beliau. Then blogger tersebut jawab nyah (!). Tengok gambar dekat bawah kalau nak tahu apa yang blogger tersebut jawab.
Zoom for good resolution
Jalan Teluk Sisek??? Izzat memang tak tahu selok belok jalan ni. Izzat tanya mak izzat dan mak izzat cakap yang Jalan Teluk Sisek ni dekat kuantan. Nanti senang la nak pergi kan??? Cuma perlu pujuk pujuk sikit parent izzat.Kalau kakaq izzat ada kat sini lagi senang. Beliau lagi sporting.

Lama aku tak nampak kau kakaq. Entah kau baca ke tak blog aku ni. Aku tak buat entry pasal kau??? Bukan aku saja taknak buat. Aku buat tapi aku buat simpan dalam draft je. Aku taknak post takut nanti kau baca kau gelakkan aku. Macam aku tak kenal perangai kau yang suka sakat aku. Aku rindu gila time kita gelak sama sama, sakat adik kita sama sama. Kaq, 5 tahun tu lama sangat tau (!).Tapi takpe, aku akan tetap tunggu kau kakaq. Harap kau baik baik saje kat sana.Aku Sayang Kau Kakaq<3
Blog Harapan MARYA Hanya Impian
Korang pernah dengar tak nama blog ni. Blog ni dikendalikan oleh blogger yang bernama Marya. Izzat memang suka pergi blog beliau. Penggunaan bahasa yang dia guna , pergh. Memang sempoi habis tapi izzat still dapat faham index sesuatu entry tu.

Ni la muka si Owner. Cantikkan [(:]
Status dia memang izzat paling confuse between maried or engaged or still single. Maklumlah izzat masih lagi readers baru beliau. Tapi yang izzat tahu Dia memang amatlah cantik:)

24 September, 2011

TUTORIAL:: update marque box

Tutorial ni direquest oleh bunga-watie.Update marque box ni adalah kotak untuk kita update status kita.Contohnya macam dekat 'cream says' izzat tu.

HOW TO DO IT
1. Pergi Design > Page Element
2. Add a gadget > HTML/javascript
3 Copy paste code dekat bawah dalam kotak gadget tadi
<center style="text-align: right;"><span class="Apple-style-span" style="color: #000000; font-family: verdana ;"><b></b></span></center>YOUR TEXT<div style="Background-image:url(URL GAMBAR); repeat; padding -moz-border-radius: 5px 5px 5px 5px;
-webkit-border-radius: 5px 5px 5px 5px;: 5px; border:2px solid #000000;"><center><marquee>YOUR UPDATE</marquee>

#000000 : Warna text anda.
YOUR TEXT : Contoh macam izzat punya izzat tulis 'cream says'.
URL GAMBAR : Url background kotak tu.
2 : Size border
#000000 : Warna border
YOUR UPDATE : Update yang korang nak tuliis

4. Save

TUTORIAL:: pop window di buton SHOW|HIDE

Dengan kesihatan yang sebegeni izzat still nak update tutorial.Buat masa sekarang ni izzat tak boleh nak update entry yang berunsurkan personal atau lain lain.Otak bagai dah tepu sumpah tak larat nak berfikir .Dengan badannya yang bagai mencecah 100[darjah celcius] memang meletihkan izzat.Alhamdulillah semua chickenpox dah keluar.Tak lah rasa gatal/miang sangat.

Tutorial yang izzat nak ajar hari ni adalah tutorial yang berasaskan [SHOW|HIDE] button.Cuba korang scroll ke bawah sikit sampai dekat "Grand Merci".Dekat situ ada button 'more credit here'.Akan keluar banyak tab yang di linkkan ke iklan Churp Churp izzat di internet browser yang anda gunakan sekarang betul tidak??? Berikut yang izzat maksudkan dengan pop window di buton SHOW|HIDE.Ianya sangat berguna kepada pengguna pengguna Churp Churp.

TO DO IT
1. Pergi design > Page Element
2. Tekan Add a Gadget > HTML/JavaScript
3. Copy paste code dibawah dalam kotak Gadget tadi

<input onclick="window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
" type="button" value="SHOW|HIDE" />
Kalau nak button SHOW|HIDE tu center copy code ni pulak

<center><input onclick="window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
window.open('LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA');
" type="button" value="SHOW|HIDE" /></center>
LINK IKLAN CHURP CHURP ANDA : Letak link iklan Churp Churp.Boleh juga kalau nak letak link yang lain.
SHOW|HIDE : Ayat di button tu.Boleh tukar macam 'Credit Here' atau lain lain.
4. Save dan siap.

23 September, 2011

Spongebob and patrick stupid dialogue

FIRST DIALOGUE
SPONGEBOB : Do you know how to play "Hide and Seek"
PATRICK : Yes...Yes! I do..I do!
SPONGEBOB : Then let's play
PATRICK : But can i ask 1 small question
SPONGEBOB : Go on.Ask me.
PATRICK : What is "Hide and Seek"
SPONGEBOB : [==']

SECOND DIALOGUE

PATRICK : I can't play "Hide and Seek"[:'(]
SPONGEBOB : Why? You know how to play know right?
PATRICK : Yes.But~
SPONGEBOB : But what! Tell me.But what!!!
PATRICK : Because i don't were Stokin[*Cry out loud]
SPONGEBOB : [@!/!??@$#@!!/]

Dialog paling sengal yang menyebabkan izzat ketawa panjang sampai terkentut kentut.

TUTORIAL:: tag nama bloger di ruangan komen

Sebelum izzat mula izzat ingin mengucapkan terima kasih kepada Wamozuwaha atas tutorial yang amat membantu ini. Jadi hari ini izzat nak share tutorial yang izzat baru belajar iaitu 'Tag nama Blogger di ruangan komen'. Refer gambar dekat bawah kalau nak tahu apa yang izzat maksudkan dengan 'Tag nama Blogger di ruangan komen'.
Tertarik untuk buat??? Ikut step dekat bawah

GETTING THE BLOG ID
Ada lagi ke yang tak tahu cara nak amik Blog ID ni??? Kalau masih tak tahu sini izzat tunjukkan. Caranya tekan sama-ada Posting,Comments,Setting,Design,Monotize, ataupun Stats. Lepas itu tengok di bahagian link. Ada tertulis 'blogID=[NOMBOR blogID]'. Copy nombor tersebut lepas tu save dahulu di notepad atau pun yang sewaktu dengannya. Kalau nak tulis atas kertas kotor/kosong pun boleh.


EDIT THE HTML CODE
1. Pergi design > Edit HTML 
2. Ctrl+F search code <data:commentPostedByMsg/>
Kalau code tu tiada cuba tick pada Expand Widget Templates
3. Lepas dah jumpa copy paste code bawah ni di bawah code <data:commentPostedByMsg/> tadi.
<span><a expr:href='&quot;https://www.blogger.com/comment.g?blogID=BLOG ID KORANG&amp;postID=&quot; + data:post.id + &quot;&amp;isPopup=true&amp;postBody=%40%3C%61%20%68%72%65%66%3D%22%23&quot; + data:comment.anchorName + &quot;%22%3E&quot; + data:comment.author + &quot;%3C%2F%61%3E#form&quot;' onclick='javascript:window.open(this.href, &quot;bloggerPopup&quot;, &quot;toolbar=0,location=0,statusbar=1,menubar=0,scrollbars=yes,width=450,height=450&quot;); return false;'><img alt='Reply To This Comment' src='http://3.bp.blogspot.com/_3TLQUQnfZ8A/TBsk-ANVrPI/AAAAAAAAAHs/0NIewfyVreQ/s1600/replygray+2.png'/></a></span>
MERAH : Letak blogID yang disave di notepad atau yang ditulis di atas kertas tadi
UNGU : Link gambar. Boleh tukar kepada gambar favourite asalkan bersaiz kecil.
4. Save.

Korang try bukak satu post korang yang telah dipublish, tengok dekat ruangan komen dibawah tu akan ada button reply. Refer gambar dekat bawah kalau tak faham apa yang izzat maksudkan.
Tanya kalau tak faham. "Malu bertanya, blog jadi mangsa"XD

22 September, 2011

chickenpox

Selesai melahap 2 sosej, 2 gelas rutbeer 'Cheers' dan semangkuk sup sayur.Kenyang tak terkata.Ni la jadinya kalau balik rumah.Wajib telan semua makanan yang ada sama ada dalam peti sejuk, atas meja makan dan semua stok makanan yang ada selagi perut tidak tertulis 'Full Charged'.

Dear Chickenpox.Please go away as i don't like you.Untuk pengetahuan kepada sesapa yang nak tau, izzat terkena penyakit Demam Campak atau lebih dikenali sebagai Chickenpox.
"Eh wahai penyakit yang menyusahkan.Sapa yang jemput depa datang kat cheq hah? Dah le tak diundang.Datang buat hal pulak kat cheq.Ni yang cheq marah ni".
Mula mula naik demam.Lepas tu naik bintik bintik yang menyenyehkan lagi hodoh dan jelek.Kepala berdenyut macam Kereta F1.Dah tanya semua orang apebenda bintik tu tapi semua Geleng kepala.Aku bukan suruh kau exercise tengkuk lah! 
Pergi kelas pagi tadi barulah dapat confirm yang izzat dah kene Chickenpox atau lebih sepesifik Demam Campak atau nak lebih spesifik lagi Selsema Burung\ilmu ni, simpan leklok dalam kepala tau/.
Sumpah sakit hati tengok benda ni bertempek dekat badan tapi kita nak buat macam mana kan? Tuhan yang tentukan segalanya.Kita hanya mampu berserah dan bertawakal serta besyukur apa yang tuhan dah bagi pada kita.Mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan?

Posted by EzyFibre at 8.41 P.M 22 sept 2011.

17 September, 2011

choir

Alhamdulillah.Blog izzat dah mempunyai 400th followers.Terima kasih kepada semua blogger yang telah meng-follow blog izzat.Terima kasih jugak kepada follower yang ke 400th iaitu kawan izzat sendiri NuFar.Hadiahnya kamu tunggu je la kat sekolah nanti ye.Mana tau izzat belanja makan dekat kantin Pok Musa tu.

Back to the title;


Dengan bangganya izzat mengumum-kan bahawasa-nya sekolah izzat dapat Naib Johan pertandingan Choir peringkat daerah.Sebenar-nya sekolah yang menyertai cuma dua buah sekolah.Jadi itu bermakna sekolah izzat Kalah.Tapi takpe sebab gelaran Naib Juara tu tetap kitorang dapat.Memang patut kalah pun.Buat latihan last minute.Macam mana nak prepare.Naik pentas tadi menyanyi pun dah macam orang sawan baru keluar Tanjung Rambutan.

16 September, 2011


Cafe asrama TePCES telah diiktiraf-kan sebagai 'A' iaitu SANGAT BERSIH.Khamis lepas (15 sep 2011) ada pegawai apa entah datang asrama.Disebabkan itu cafe asrama TePCES telah direnovate-kan dan hasilnya memang cukup memuaskan hati.Saya pun terpinga-pinga bila tengok cafe tu.Cat yang dah kira agak kusam tu ditukar kepada warna yang baru iaitu  Ungu+Putih\Warna JB/.Banyak jugak yang berubah tapi takkan saya nak terangkan satu-satu kan.Nanti takut muak pulak korang membaca entry ni.


Perasan tak? Remaja perempuan sekarang dah gila dengan accessories seperti necklace, anting-anting, gelang tangan.Perkara ni dah jadi macam ikutan.Perasan tak? Accessories yang paling femes atau popular dikalangan remaja perempuan ni adalah necklace.Dan perasan atau tidak? Necklace yang paling disebut-sebut pula adalah necklace yang berbentuk owl ataupun dalam bahasa saintifik Burung Hantu.

15 September, 2011

sekolah idamanku

Pernah tidak korang mengidamkan sekolah yang memang menepati citarasa korang? Pasti ada segolongan dari pelajar menginginkan sekolah yang berperaturan seperti kehendak beliau.

Kan bagus kalau izzat dapat masuk sekolah yang macam ni;

 Dapat tentukan sendiri mata pelajaran apa yang izzat nak belajar dan cikgu yang mengajar mata pelajaran tersebut.Taknak-lah dapat cikgu yang garang-garang atau yang kuat membebel.

 Bila dah rasa bersedia nak hadapi exam baru nak amik.Takut nanti tensen tak tentu pasal pula fikir pasal exam ni.

 Tidak ada kerja sekolah yang harus dibuat di rumah.Kerja sekolah buat dekat sekolah dan kalau tidak sempat siapkan, siapkan bila ke-esokan harinya.

 Bilik darjah yang mempunyai penghawa dingin.Taklah berpeluh je memanjang memandangkan dah ada penghawa dingin.Kalau nak begusti pun dah tak berfikir panjang kan?

 Setiap pelajar disediakan pembantu peribadi sendiri dan boleh memilih pembantu yang dikehendaki.Senang la kalau nak angkat beg yang berat seberat 20 ekor gajah mainan.

 Setiap kali soalan yang ditanya dijawab dengan betul, pelajar tersebut layak untuk menerima wang tunai sebagai ganjaran.Soalan pula haruslah senang contohnya [5+3].

 Tak perlu pakai pakai pakaian seragam sekolah.Pakaian bebas dan gayanya juga bebas tapi dengan syarat aurat tertutup.

Agak-agak korang wujud ataupun tidak sekolah yang sebegini rupa?

09 September, 2011

Day 4:# Your ultimate k-pop girl bias

Sekian lama menyepi dari contest ni.So hari ni nak buat rajin sikit ok.

Ultimate kpop girl bias? Nak tahu.Here she is;



FULL BIOGRAPHY
Name: Bae Sueji
Stage Name: Suzy
Birthday: October 10, 1994
Position: Vocalist
Nationality: Korean
Weight: 46kg
Height: 166cm

Miss A's Suzy attracted attention with her cute smile.Her laughs are so cute and charming.

Her name is Bae sueji can be called suzye.A girl from Miss A's group.Malas nak citer panjang tengok je la gambar gambar dekat bawah ni.






Still cute although she sleeping

credit gambar : google.com

02 September, 2011

Dear Mr school :/




Dear school.Can you please gat away.I'm having holiday here can't you see? Don't you have holiday to?

Macam mana cuti korang kali ni? Mesti best kan.Duit raya dah dapat kumpul berapa.Kalau banyak tu kongsi kongsi la sikit dengan izzat*Muka tembok.School is around the corner.Duatiga hari lagi mula la sekolah tu.Find saya tahu memang majoriti orang taknak balik sekolah kan.Tapi terima je la hakikat yang korang memang akan dipaksa untuk ke sekolah malam sebelum sekolah tu jugak.

Tadi pergi jalan jalan dekat bandar kejap.Planning nak beli kasut sekolah baru.Sampai sana tengok semua kedai kasut sekolah tutup.Find saya tahu sekarang ni musim raya tapi bukak bukak la kedai tu.Nak beli kasut sepasang tu pun dah jadi susah.Atau memang diorang ni sengaja nak suruh saya pakai kasut sekolah yang lama lagi buruk tu? Kalau betul macam tu diorang ni memang sungguh KEJAM*lap air mata.

LinkWithin