Home Tutorial Freebies Jatt & Kucing Others Blogwalking

09 October, 2011

Aku ketua kelas, Kau terkejut?

Bonjour 

Mula hari ini sampai hari selasa. Budak Form2 TePCES cuti. Tapi dalam hari tu, ada dua atau tiga kelas yang kena pergi sekolah sebab kena hadiri seminar. Hari ini kelas 2ADV dan 2BRI punya turn. So pagi pagi lagi izzat dah kena bangun. Bukannya tak biasa, dekat asrama tu dah memang biasa bangun awal. Tapi dekat rumah ini izzat jarang sikit bangun awal. Paling awal pun pukul 8 pagi\saye mengantuk lah!/. Jadi sedang izzat sibuk duk buat tahik mata, mak izzat dah kejut izzat\kacau line betul/. Jadi izzat sebagai pelajar yang cemerlang lagi berwibawa, pergi lah juga dengan hati yang terbuka.\hecceh, PERASAN kau Jah !/ Izzat.. Ohhh izzat.

Siapa dekat sini masih tak tahu yang izzat ni Ketua Kelas untuk Kelas 2BRI. Terkejut? Tak perlu nak terkejut. Izzat terpilih jadi ketua kelas ni pun bukan izzat memang layak untuk memimpin. Tapi disebabkan budak lelaki kelas izzat dah berpakat untuk kenakan izzat. Jadi sesiapa yang masih lagi terkejut Beruk atau yang pretending terkejut mengalahkan Beruk Afrika Selatan, anda dah tak perlu terkejut atau buat-buat terkejut ok?

Sepanjang izzat jadi ketua kelas, izzat akui memang banyak pengalaman yang izzat dapat. Maklum lah, selama ni izzat tak pernah dilantik untuk jawatan ketua kelas ni\first time.BANGGE!/. Sumpah sakit hati, tetiba pulak ada orang sound "Mu ni izzat, jadi sangat ketua kelas. Tapi dok bertanggung-jawab langsung dalam kelas". Siapa tak sakit hati? Kita yang dipilih secara terpaksa+tak tahu menahu pasal jawatan ni dimarahnya. Dia pernah atau tak dengar pepatah melayu ;
Buah nangka di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,
Jadi wajar ke izzat kena marah? Takpe izzat, lumrah kehidupan. Diharapkan bersabar ye Mohd Izzat bin Mohd Azhar.


1 comment:

Cik Orkid said...

sabar je . taun depan kenakan dorang plak . ape susah :P hak hak

LinkWithin