SYARAT-SYARAT
1) Feel free to follow my blog but ini bukan paksaan :) Bagi mereka yang tidak mahu follow my blog, make sure anda up to date dengan saya. Ia adalah kerana, misalnya, anda adalah pemenang, tetapi anda tidak tahu apa-apa so the present will be past to the other contestant.
2) Copy banner di atas dan link ke entry ne. Feel free to paste the banner above on your sidebar.
3) For Malaysian. But it's okay if blogger dari negara lain mahu menyertai peraduan ini TETAPI jika mereka menang, hadiah akan diberi through this virtual world only. Lelaki dan perempuan boleh menyertai peraduan ini.
4) Ia dibuka untuk laman web, blogger, and tumblr SAHAJA.
CARA UNTUK JOIN
1) Ia mempunyai dua choices. Anda boleh memilih sendiri. Pilihan pertama ialah nombor 2) dan pilihan kedua adalah nombor 3)
2) Reka apa2 cerita yang mempunyai hubungan dengan saya. Even anda tidak mengenali saya, it's okay, just create any story about me. It can be komedi, seram, sedih, gembira dan lain-lain.
3) ATAU membuat header untuk saya :) tajuknya mesti La Dolce Hanis Anasa.
THE PRESENTS
MAIN PRIZE - MACAROONS
MAIN PRIZE- AQUA LOMO CAMERA (click HERE for more info)
Fiqah Yassin - 3 winners
Nadhirah Izzati - 2 winners
Nanad Doodle - 2 winners
Nurul Syazwani - 4 winners
Banana's Shop - 2 winners
Cik Bulat - 3 winners
Miza's Prelove -
Butik Alesya -
Aida Assilah Azman - 2 winners
Syah Zahari - 3 winners
Sakuraneia Iyako - 2 winners
Amni Nizzatul Alia - 1 winner (boys only)
Farah Amiera - 1 winner
Alia Azmi - 2 winners
Nadhirah Amalina - 3 winners
Siti Nor Azera - 5 winners
Nurul Jannah Sajidah - 1 winner
Nana Kementot - 2 winners
Qjey & Nina's Blog - 3 winners
Mohd Amin Aizuddin - 1winner
Ienaz Alia - 3 winners
Izyan Nazirah - 2 winners
Izzat nak join contest nombor 2. 'Reka apa2 cerita yang mempunyai hubungan dengan saya. Even anda tidak mengenali saya, it's okay, just create any story about me. It can be komedi, seram, sedih, gembira dan lain-lain.'
THE STORY's BEGIN
Tajuk; DIRINYA BUKAN UNTUKKU ♥
Actor; Hanis sebagai Hanis
Izzat sebagai Izzat
Greyson Chance sebagai Greyson Chance
Petang itu angin meniup dingin disertakan bunyi kicauan burung sekali gus mengingatkan aku akan zaman persekolahannya dulu... Ketika aku mula mencintainya. Walaupun sudah hampir 5 tahun aku mencintainya, kenangan itu masih belum terkubur di dalam ingatanku. Sebelum itu. Nama aku Nurul Hanis Anasa.
"Izzat? Pelajar baru dalam kelas kita tu?". Tanya ku kepada kawan baikku. "Yelah, siapa lagi. Eh! ingat sikit kau tu pun budak baru tahun ni." Jawabnya. "Hehehehe... Aku lupalah. Boleh aku ambil no dia? saja je aku nak kacau" Sejak hari itu, aku mula berkenalan dengan Izzat. Kami selalu berbual melalui SMS, Lama-kelamaan, hubungan kami menjadi semakin rapat. Izzat juga selalu mengusik aku di dalam kelas. Mungkin sebab dia adalah kawan lelaki yang paling rapat denganku, aku telah jatuh cinta padanya. Aku tidak tahu sejak bila hati ku telah dicuri tetapi aku mula menyedarinya apabila aku sering memandang ke arahnya.
Tiba-tiba suatu hari, hatiku teringin sangat mengajak Izzat keluar bersama. "Er... Izzat, Kalau esok kita pergi ke rumah hantu sama-sama nak tak?" Hatiku berdebar-debar menunggu jawapan darinya. "Tut...Tut.. SMS..."SMS ku telah dibalas. "Ok, esok aku datang jemput kau." Aku terkejut. Malam itu aku menyanyi dan menari keriangan menanti esok tiba. Hari yang ditunggu telah pun tiba. Tetapi malangnya aku bukan berdua dengan Izzat. Rakanku juga turut ikut bersama. Jika aku menolak apa pula katanya. "Nis..Niss...!!" bisik Izzat kepadaku. "Ingatkan cuma kita berdua," sambungnya lagi.Aku cuma senyum dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Walaupun berasa sedikit kecewa, aku tetap gembira kerana sehari aku dapat bersama dia. Orang yang aku cintai.
Demam Exam telah melanda. Tahun ini aku perlu menduduki ujian BESAR. Disebabkan aku memang lemah dalam subject Mathematic, aku meminta bantuan Izzat yang selalu mendapat markah penuh dalam subject tersebut. Tanpa disedari, masa aku berdua-duaan dengan Izzat semakin banyak. Setiap kali waktu rehat, Izzat akan duduk disebelahku untuk mengajarku subject tersebut. Kadang-kadang kami sempat bergelak ketawa, aku juga sempat merenungnya sepuas-puas hatiku. Hubungan kami yang rapat itu mula menjadi buah mulut rakan rakan yang lain.
"Niss, kau dengan Izzat kapel ke?" soal rakanku. "Eh? Mana ada...." aku menafikan tetapi hatiku menginginkannya. Alangkah bagusnya kalau Izzat menyedari perasaanku ini dan memiliki perasaan yang sama. Tapi aku tahu semua itu tidak akan terjadi kerana Izzat sudah mempunyai buah hatinya sendiri. Aku tidak tahu siapa dia yang berjaya mencuri hati Izzat tetapi khabar angin mengatakan perempuan itu telah menolak cinta Izzat. Izzat pula masih tidak berputus asa untuk memenangi hati perempuan itu. "Ah! susahnya cinta bertepuk sebelah tangan ni..." getus hati kecilku. Aku tahu, aku akan ditolak mentah-mentah jika aku meluahkan perasaanku ini. Jadi lebih baik ku pemdamkan sahaja perasaanku ini. Kini peperiksaan besar telah tamat. Hampir sebulan aku tidak bertemu dengan Izzat. Hanya berbalas SMS dengannya sudah cukup unutk mengubat rasa rindu di hatiku.
"Kau sayang aku tak?" tanya Izzat mendadak. "sayang je.." aku membalas dengan senyuman yang jelas terukir di pipiku. "Tut..Tut...SMS...." "sayang jugak kau kat aku. Hemm... Kalau kita kapel nak tak?" Aku terkejut membacanya. Mata ku tidak berkelip. Mulanya aku ingat itu hanya sekadar gurauan.. Setelah berdolak-dalih. Izzat menyatakan bahawa dia serius. Inilah yang dimaksudkan dengan perasaan gembira tidak terkata. Aku gembira hingga tidak boleh melelapkan mata. Akhirnya aku dapat memiliki Izzat setelah sekian lama berangan-angan. Aku seperti dilahirkan semula. Perasaan natural itu berterusan sehingga 3 minggu. Akhirnya Izzat telah mengucapkan kata-kata yang telah menghancuri hati ku.
"Sorry Niss. Aku tak boleh anggap kau sebagai orang yang istimewa dalam hidup aku..." Bertapa sakit hatinya aku bila membaca SMS yang dihantar olehnya. "Kan bagus kalau aku tak cintakan dia!" aku sempat bermonolog dalam hati. Kerana perempuan yang menolak cinta Izzat dahulu kembali menginginkan Izzat. Cinta aku yang terpaksa dikorbankan. "Adakah ini yang dinamakan cinta? Kalau inilah yang dinamakan cinta, Aku sudah tidak sanggup. Aku sudah tidak sanggup untuk mengalaminya lagi" tangisku.
Jika masa boleh diubah, aku ingin kembali ke masa silam, Aku tidak mahu bersama Izzat kerana kesakitan menantiku di sana. Biarlah pendam perasaan ini kerana ku tahu dirinya bukan untuk ku.
"Susahnya cinta bertepuk sebelah tangah ni.." Keluh aku. "Niss,dah siap ke? Jom kita pergi sekarang." Suara garau itu memecahkan gegendang telinga aku sekaligus menyedarkan aku dari lamunan aku. "Oh, Greyson Chance... Jom" jawabku gembira. Biarpun kisah ku bukannya happy ending seperti 'Cinderella' dan 'Beauty and The Beast', aku tetap perlu melangkah ke hadapan. Izzat telah menjadi kenangan silam yang tidak pernah aku lupakan, Greyson Chance pula adalah kenangan baruku yang bakal tercipta. Moga hubungan ku kali ni berkekalan.
♥TAMAT♥
Kepada yang membaca TERIMA KASIH. Jangan lupa tau. Join la sekali contest ni. Mana tau Berpeluang menang AQUA LOMO tu.