Assalamualaikum to muslim and Hello to non-muslim,
Baru balik dari asrama terus mengadap laptop. Perangai lama masih lagi tak berubah-berubah. Dulu bukan main lagi janji nak berubah, tapi tengok lah sekarang. Apa kau nak jadi ni izzat??? Izzat ohh izzat.
Final year exam dah dekat. 19/10/2011-??/10/2011. Tarikh ini yang akan menentukan sama-ada izzat akan stay sekolah SMC atau dibuang sekolah. Must get 4A's keatas. Kalau tak pindah sekolah lah alamatnya. Seperti Pengetua sementara SMC cakap, "Kita datang dengan 5A dan 4A, Jadi tidak mustahil untuk kita Dapat 5A atau 4A dalam peperiksaan". Ayat tu, masih lagi terngiang-ngiang lagi dalam telinga. Macam mana aku nak dapat 4A tu sedangkan 2A belum tentu pass. Doa-doakanlah izzat supaya izzat boleh jawab exam tu nanti ok?
Novel Cinta Kau Dan Aku by Siti Rosmizah
Sinopsis Belakang Buku ;
"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?
Sinopsis by me ;
Kalau baca dialog kat atas sure dah boleh agak jalan cerita. Farisya Iman menjadi seorang model sambilan lepas SPM. Nekad berhenti dari dunia modeling selepas kematian bapanya. Dia bekerja menjadi driver kepada CEO FF Holding, Farish Hakimi. Farisya seorang yang lasak, gila-gila dan bergaya bagaikan tomboi. Farisya terpaksa bersetuju kahwin dengan Farish/Bos kerana janjinya terhadap Emak Timah/Ibunya.
Pelbagai konflik berlaku disebabkan oleh Farah dan Suraya yang sangat membenci Farisya sehingga jatuhnya talak satu terhadap Farisya walaupun ketika itu Farisya dan Farish Hakimi sudah saling menyintai. Disebabkan perasaan hasad dengki ini jugalah yang telah meragut nyawa bayi yang tidak bersalah. Setelah bercerai, Farisya Iman melanjutkan pelajaran ke UM sambil kembali aktif menjadi model untuk dijadikan duit poket.
Ending yang sangat happy ditambah dengan terharu. Akhirnya Farah yang dulunya Berperangai Setan telah berubah hanya dalam sekelip mata.
5 comments:
hew... tak suka this book
tak main laa. jiwang-jiwang
tak sangka lelaki pun main jiwang...:P
WEH. SUDAH LAPUK. WEK WEK. ;p
@Sarah Najihah Jaafar laki pun nak jiwang macam perempuan jugak. :)
@Maisarah (: laput tak lapuk, Suka hati lah. Saye tahu saya ketinggalan zaman. :/
Post a Comment